logo

FX.co ★ 27.06.2023: China jual USD; Kenaikan JPY abaikan campur tangan lisan BoJ.

27.06.2023: China jual USD; Kenaikan JPY abaikan campur tangan lisan BoJ.

Selepas kenaikan kadar oleh bank pusat terkemuka, dolar AS terpaksa berundur berbanding beberapa pesaing. Dalam ucapannya, Christine Lagarde berkata bahawa kadar akan dikekalkan pada tahap terhad selama mana yang diperlukan. Ucapan itu membantu euro meningkat, manakala dolar AS merosot dengan ketara.

Dalam sesi Asia, indeks dolar AS bergerak dalam julat diantara 102.5–102.8. Malah, dolar AS telah jatuh untuk dua sesi berturut-turut kerana pelabur masih menilai prospek dasar ekonomi dan monetari. Jika keluaran statistik makro AS yang baharu ternyata lemah, dolar AS boleh mmebuat penurunan secara perlahan.

Pada awal pagi, ia masih cuba meneruskan pertumbuhan sebagai mata wang selamat. Bagaimanapun, dolar gagal memenangi semula kejatuhan semalam, dan berlegar-legar pada paras 102.5. Jika dolar AS menembusi tahap rintangan 102.3, ia boleh menghampiri tahap sokongan 103.1.

Dolar AS juga tewas berbanding yen. Pada mulanya, yen membuat kemajuan selepas campur tangan lisan penggubal dasar Jepun. Naib Menteri Kewangan Hal Ehwal Antarabangsa, Masato Kanda berkata bahawa Jepun tidak akan menolak sebarang pilihan yang ada untuk membuat tindak balas yang sewajarnya bagi membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.

Tahun lalu, yen melonjak melebihi paras 145 selepas Bank of Japan menbuat beberapa campur tangan dalam pasaran Forex. Inilah sebabnya mengapa pedagang mengambil perhatian terhadap komen-komen yang bakal dikeluarkan. Pada hari Isnin, Menteri Kewangan Jepun Shunichi Suzuki menegaskan bahawa beliau akan memantau dengan teliti pergerakan pasaran mata wang dan bertindak balas dengan sewajarnya jika pergerakan itu dilihat berlebihan.

Bagaimanapun, pada pagi Selasa, yen kehilangan momentum kenaikan harga menuju keparas 143.7. Pelabur sudah terbiasa dengan kenyataan lantang daripada para pegawai Jepun. Kebiasaannya ia hanyalah perkataan yang jarang dibuktikan.

Pembuat dasar boleh memberi banyak komen yang tidak jelas. Walau bagaimanapun, komen-komen itu mengambil masa yang lama untuk dijadikan realiti. Atas sebab ini, lonjakan yang dicetuskan oleh campur tangan lisan berakhir dengan agak cepat. Pasangan dolar/yen memasuki julat menaik diantara 143.2–143.7. Pasangan mata wang ini dipengaruhi oleh dua faktor yang bertentangan, yang menjadikan matawang yen sangat tidak menentu.

Kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi global meningkatkan permintaan terhadap matawang yen sebagai aset selamat. Walau bagaimanapun, pendirian Bank of Japan membawa kepada jurang kadar yang lebih luas berbanding bank pusat lain.

Di tempat lain, dolar Australia juga kembali pulih selepas rali jangka pendek. Aussie bergerak dalam saluran kenaikan harga diantara 0.6668–0.6723 di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan berita dari China. Walau bagaimanapun, selepas ucapan Christine Lagarde, ia menjadi jelas bahawa pihak pengawal selia akan berpegang pada pengetatan agresif.

Risiko kemelesetan global masih tinggi. Oleh itu, sentimen penghindaran risiko berlaku pada waktu pagi, yang membawa kepada penurunan matawang Aussie. Pada akhir sesi Asia, ia didagangkan pada 0.6688. Jika ia jatuh lebih rendah, ia berkemungkinan mencapai tahap sokongan 0.6625.

Penembusan pada tahap ini akan menolak pasangan matawang itu ke paras 0.6600. Jika ia meneruskan pergerakan menaik, pasangan matawang ini akan menghadapi tahap rintangan yang kuat pada 0.6730. Jika tahap ini berjaya dilepasi, dolar Australia mungkin pulih ke paras 0.6800.

Seterusnya, dolar New Zealand terus berkembang sederhana hari ini. Dalam perdagangan Asia, ia cuba menyentuh sempadan atas dalam julat diantara 0.6150–0.6202. Namun, ia gagal dan berundur ke paras 0.6176.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel